Assalamualaikum WBT,,
alhamdulillah
secara peribadinya perjalanan musafir ini membuat saya dan jemaah berasa seronok kerana bersyukur dapat
bersama dua org ustaz yang banyak ilmu
 |
pesuruhjaya pas selangor &
timbalan presiden |
antaranya timbalan presiden dan pesuruhjaya selangor, mula2 rasa gugup juga untuk bersama dengan ustaz sallehen cuma kenal
masa ceramah saja. Setelah duduk sebilik alhamdulillah bersyukur sangat. Lagi2
ustaz Tuan, setelah bersama
menitik air mata apabila keakraban dijalinkan. Saya memang banyak kekurangan
dari semua segi. Dengan kesabaran utk kesana walaupun sakit kaki utk berjalan,
saya redha atas ujian allah dapat juga solat di depan mikrab nabi, solat dalam
hijir ismail, bergantung ke kelambu kaabah, cium rukun yamani dan hajar aswad. Menangis
saya.
 |
| Taklimat Ringkas |
Pada 19 Disember bersamaan hari Rabu
kami Berkumpul di KLIA pada pukul 7 petang untuk mendapat sedikit taklimat dan
penerangan ringkas daripada Tuan Haji Azmi Pengurus Nas Kembara
kami check in dan terus menaiki flight
menunggu penerbangan untuk pergi ke Istanbul. Penerbangan ke Istanbul
memerlukan masa 11 jam lebih dan memerlukan sedikit ketabahan untuk berada di
dalam kapal terbang sangat lama ye diatas tu tapi jangan risau di dalam flight
mereka menyediakan makanan yang secukupnya. Setelah tiba di Istanbul

 |
| Berkumpul di depan Hotel |
Pada 20
Disember bersamaan hari Khamis pada pukul 6:20 pagi kami amat simpati dengan ibu ibu dan bapa bapa yang telah berusia kerana kami terpaksa berjalan kaki ke hotel dan menarik beg masing2 sejauh 500 m kerana bas tidak boleh naik melalui jln ke hotel kami yg agak curam dan sempit yang boleh mengakibatkan tayar bas itu rosak. Sampai sahaja di Hotel kami terus check in
hotel dan pihak kami menyediakan makanan kepada 45 orang jemaah mereka boleh
bersiap-siap memperkemaskan diri mereka dan mengambil rehat di dalam hotel.
Pada pukul 12 tengah hari setelah selesai segala persiapan semua jemaah
digalakkan solat Zohor bersama-sama di little hagia Sofia untuk kita bergerak
bersama melawat

Blue mosque yang dulunya dibina oleh Sultan Ahmed pada tahun
1609 dan dia juga dikebumikan disini digelarkan Masjid Biru kerana jubin biru
yang cantik yang menghiasi dinding dalaman masjid tersebut dan juga
 |
| Melawat Haghia Sophia |
melawat
Haghia Sophia yang merupakan pembinaan struktur yang luar biasa dan
menggabungkan unsur-unsur tradisional basilika Ortodoks merupakan sebuah gereja
dan pernah dijadikan masjid dan kini ditutup terus dijadikan sebuah muzium,
kami berjalan beberapa meter untuk melihat Topkapi Palace di mana di sini
terdapatnya serban Nabi Yusuf, tapak kaki Nabi, pedang nabi dan para sahabat,
pakaian Fatimah Az Zahra, kunci kaabah dan macam-macam lagi untuk memasuki
topkapi Palace ini perlulah membayar 60TL di sini kita akan dapat melihat di
depan mata barang-barang yang digunapakai oleh orang-orang terdahulu.
Pada hari Jumaat 21 Disember kami membuat
lawatan ke Bursa yang mana merupakan kawasan yang paling digemari ramai kerana
mempunyai suhu yang sangat rendah sehingga mencapai negatif iaitu -8 celcius
atau mungkin lebih rendah lagi
 |
| Main Snow |
di sinilah terdapatnya salji yang tebal yang
sangat sejuk sehinggakan tangan kita boleh cramp sekiranya tidak memakai sarung
tangan yang tebal dan khusus. kami menaiki bas dan apabila sampai jambatan
bosphorus yang kini dikenali sebagai jambatan pejuang 15. kami menaiki feri
yang boleh mengangkut kenderaan yang besar dan berat untuk melepasi jambatan
panjang ketika berada di dalam ferri kami dapat memberi burung makan dan
melihat burung Camar mengiringi cruise dan kami menyambung perjalanan sehingga
menaiki gunung di bursa. Pertengahan jalan kami berhenti di sebuah kedai untuk
membeli belah pelbagai aneka barangan seperti kekacang, gula-gula, madu dan
macam-macam la di jual di situ
 |
| Berhenti di Kedai |
kami menghabiskan masa yang lama di tempat itu.
Selepas itu, tepat pada pukul 12 kami menziarahi Grand Mosque yang merupakan
masjid terbesar di bursa sekaligus menunaikan solat Jumaat, Melawat Green Tomb
yang berada di atas bukit kejiranan Yesil,
Kami makan tengah hari dengan
hidangan makanan barat seperti lamb chop chicken chop dan salad setelah kenyang
makan di atas pergunungan bursa
kami teruskan perjalanan untuk bermain salji di
atas gunung. Sesampai sahaja di ulu dag,
Situasi di sini tidak dapat digambarkan kerana kesejukan bandar istanbul telah sejuk namun sebaik saja tiba di atas puncak pergunungan salji di uludag, bursa mulut kami berasap tangan berketar ketar disebabkan oleh kesejukan yang terlampau ditambahkan lagi dengan tiupan angin sepoi sepoi,hidung berasa perit dan memacam lagilah perkara yang mungkin anda tidak boleh rasai. Oleh itu sekiranya anda tidak memakai pakaian yang khusus mungkin badan anda tidak mampu menampung kesejukan yang teramat di sini. Mereka bermain salji dengan penuh
mesra dan keseronokkan sehingga hari semakin senja, setelah selesai bermain
salji kami menaiki cable car untuk turun daripada Gunung bursa situasi di dalam
kabel car tidak berapa kelihatan kerana waktu malam hanya ditemani cahaya cable
car dan cahaya lampu bandar di Bursa dan selepas itu kami menaiki ferry itu
semua orang dalam keadaan kepenatan dan membeli makanan untuk kunyah-kunyah di
dalam ferri . Lepas turun dari Bursa kami terus bergerak pulang ke hotel di Istanbul . kami telah di beri kebab turki utk mkn mlm dan kami pulang ke hotel dengan rasa gembira
Pada 23 disember bersamaan hari Ahad
pada pukul 8 pagi kami check out hotel dan berangkat ke airport antartuk dengan
menaiki bas kami check in barang siap-siap masukkan barang kami menaiki flight
pukul 10. Dari Airport Antartuk ke airport Madinah mengambil masa 3 jam lebih
dan kami tiba di Airport Madinah pada pukul 5 kami mengambil bagasi di tempat
bagasi claim setelah semua mendapat barang masing-masing kami melepasi
imigresen yang mengambil masa panjang untuk beratur dan kami sampai ke Madinah
al Munawwarah pada pukul 7 malam dan setibanya kami di hotel encik Azmi terus
Check in hotel dan jemaah boleh mengambil makanan di atas untuk menikmati
juadah yang telah disediakan oleh pihak hotel setelah siap makan-makan jemaah
bolehlah ke hotel untuk memperkemaskan diri dan rehat-rehat tepat pukul 9 jemaah
harus berkumpul di lobi
 |
| Taklimat Madinah |

untuk mendengar taklimat ringkas ustaz solehin Mukhyi
dan ustaz Ibrahim Tuan Man berkenaan dengan pergerakan di Madinah al Munawwarah
iaitu bandar bercahaya dan merupakan negara islam yang pertama didirikan oleh rasulullah. Kami bergerak ke Madinah untuk melakukan solat jamak
taakhir isya dan maghrib selepas itu sedikit kuliah dan santapan rohani
disampaikan oleh tuan Ibrahim Tuan Man yang mendedahkan ilmu bermanfaat kepada
kita.
 |
| Santapan Rohani |
pada malam itu kami melalui raudah untuk mengetahui serba sedikit kisah
tentangnya. Di situ kita dapat merasakan dekatnya kita dengan nabi Muhammad SAW
iaitu kekasih Allah dan
menziarahi makam saidina abu Bakar dan saidina Umar dan memasuki Raudhah untuk
melakukan solat sunat di dalamnya.Kami kembali semula
ke hotel untuk berehat bagi menyambung perjalanan pada esok hari
 |
| Solat sunat di Masjid Quba' |
25
Disember Selasa
kami Ziarah luar Kota Madinah pertama sekali kami menziarahi Masjid Quba’ kami
melakukan solat sunat di dalamnya kerana apabila kita solat di dalam masjid
Quba bersamaan kita melakukan satu umrah.
 |
| Jabal Uhud |
Seterusnya kami ziarah Masjid
Qiblatain yang bermaksud dua kiblat dulunya masjid ini bernama masjid Bani
Salamah hal ini kerana pada asalnya umat Islam solat menghadap masjid al-aqsa
apabila Wahyu turun ketika nabi melakukan solat zohor allah memerintahkan untuk
berpaling ke Masjidil Haram. Kemudiannya kami ke ladang kurma mereka membeli
kurma yang murah,segar daripada ladang yang luas terbentang. Selepas itu kami
ke Jabal Uhud


dan menziarahi perkuburan para Syuhada. Kami juga mendaki gunung
Uhud dan di sini tempat umat Islam berjuang untuk mempertahankan agama Islam di
sini juga di hindun meratah hati Hamzah bin Abdul Mutalib kerana dendam Yang
menebal. Kami bergerak balik dan kami melalui khanda' tempat perang khandak
berlaku umat Islam menggali parit yang dalam sebagai strategik mereka untuk
memerangi pihak lawan.
26 Disember
Rabu
 |
| Ziarah Luar-Qubur Baqie' |
Pada
26 Disember Bebas beribadat semua jemaah
boleh melakukan aktiviti masing-masing dan bagi siapa yang ingin masuk kubur
baqie boleh pergi sana yang terletak di sebelah timur Masjid Nabawi merupakan
pemakaman tertua sejak zaman jahiliyah hingga
sekarang.
Perkuburan Baqi’ merupakan pemakaman di kota Madinah, Arab Saudi. Pemakaman
ini juga dikenal sbgai Jannatul Baqi’ berarti taman Syurga . Nabi melakukan doa
setiap kali beliau melalui perkuburan ini, Di sini tempat dimakamkan jasad para
sahabat dan keluarga Nabi antaranya para Istri Nabi iaitu Aisyah RA, Ummi
Salamah, Juwariyah, Zainab, Hafsah binti Umar bin Khattab dan Mariyah Al Qibtiyah
R.A. Putra-putri Nabi SAW iaitu Ibrahim, Siti Fatimah, Zainab bin Ummu Kulsum.
Ibu sesusuan Nabi yaitu Ruqayyah Halimatus Sa'diyah.
 |
| Halimatus Sa'diyah |
Para sahabat Nabi: Utsman
bin Affan, Abu Ummah, Hasan bin Zarrah dari kaum Anshar dan Usman bin Maz'un
dari Muhajirin. Bermula dari Gerbang Al baqi’di sebelah kiri adalah kuburan
Shafiah, bibi Rasulullah Saw.
27 Disember Khamis pada pukul 6 pagi kita kemas barang dan bagi
sesiapa yang sudah siap selesaikan barang bolelah bawa barang tersebut turun
kebawah dan mengambil makanan yang telah disediakan untuk melakukan ziarah
terakhir madinah ataupun ziarah Wida Madinah iaitu lambaian terakhir kita
kepada Masjid Nabawi dengan lafaz
السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته ، وصلى الله عليك وعلى آلك وأصحابك
“Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu”
Dan seterusnya memberi salam kepada Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kita diajar mengucapkan salam apabila melawat mana-mana perkuburan orang-orang Islam yang lain. Amalan-amalan ini hanya disunatkan kepada mereka yang menziarahi kubur sahaja. Amalan mengirim salam kepada baginda saw atau pun kepada kubur sesiapa tidak terdapat dalilnya didalam mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi saw. Sheikh Saleh Al-Munajjid. Pada jam 8.00 pagi kita bergerak ke Mekah yang mengambil
masa 6 jam. Pada pertengahan jalan kami berhenti makan di RNR area Madinah
untuk menambahkan tenaga. Dan kita berniat Ihram di Bir Ali
 |
| RNR |
yang terletak di
sempadan Madinah dan Mekah. Kami check in Hotel pada pukul 3 semua jemaah boleh
persiapkan diri dan mengambil rehat untuk memulakan umrah pada
malam ini. Tepat jam 9 malam para jemaah menyelesaikan umrah pertama yang
diketuai oleh Ustaz solihin mukhyi.
 |
| Memulakan Umrah |



Melakukan tawaf, saie di Bukit Safa dan
Marwa dan tahallul sebagai pengahiran umrah. Satu umrah dianggarkan memerlukan
masa 2 jam untuk menghabiskannya tanpa rehat. setelah selesai melakukan umrah
yang pertama kami kembali ke hotel pada pukul 1 pagi mereka berehat tiba
Pada 28 Disember Hari Jumaat kami mengambil langkah untuk berehat setelah sekian lama berada di
dalam tetapi bagi sesiapa yang Ingin melakukan ibadah-ibadah seperti tawaf
sunat, baca al-quran, solat sunat di masjidil Haram sangat digalakkan perkara
ini bagi mendekatkan kita dengan Allah SWT kerana Tanah haram (Makkah dan Madinah) adalah tempat yang mulia. Di antara
kemuliaannya adalah akan dilipatgandakan pahala shalat di masjid di tanah
tersebut. Khusus untuk tanah haram di Makkah, kita ketahui bahwa pahala shalat
di Masjidil Haram adalah 100.000 kali dari shalat di masjid lainnya.
Dari Jabir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ
“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Harom. Shalat di Masjidil Harom lebih utama daripada 100.000 shalat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad 3/343 dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhibno. 1173.)
dan kita juga dapat melihat pelbagai budaya di sana menunjukkan
kekuasaan Allah. Pada pukul 12 jemaah laki hendaklah bersama-sama untuk
menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram. Keadaan di Masjidil Haram agak sesak
kerana berpusu-pusu orang datang dr setiap daerah untuk melakukan solat Jumaat
di tanah suci tersebut.
Pada 29hb disember hari Sabtu kami melakukan Ziarah luar Mekah iaitu menziarahi Jabal tsur
 |
| Gua Thur |
yang
mana ketika itu nabi Muhammad berhijrah ke madina atas wahyu yang diberikan
oleh Allah dan ditemani oleh abu Bakar kemudian kami ke Jabal Rahmah di Arafah
yang mana tempat yang mustajab untuk berdoa dan meminta kepada Allah apa yang
kita Hajati. Kami juga pergi ke Jabal Nur tempat Nabi mendapat wahyu yang
pertama oleh Allah dan turunnya surah al-alaq yang bermaksud BACALAH
dengan nama Tuhanmu, yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah,
dan Tuhanmu amat mulia, yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada
manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq: 1-5) ayat di atas merupakan
wahyu pertama yang diturunkan pada 17 Ramadan dan bersamaan dengan 6 Ogos tahun
610 Masihi. Peristiwa ini berlaku sewaktu Rasulullah berusia 40 tahun.

Baginda
sangat sedih melihat kehidupan kaum Quraisy pada waktu itu. Mereka hidup tanpa
tujuan dan bertuhankan hawa nafsu. Tidak berapa jauh dari kota Mekah, terdapat
sebuah gua yang terpencil dan jarang dikunjungi orang. Gua itu bernama Gua Hira.
Rasulullah sering duduk sendirian didalam gua itu. Baginda termenung memikirkan
kejadian alam dan kebesaran Penciptanya.Baginda tinggal di dalam gua itu untuk
beberapa hari. Kadang-kadang sampai berminggu-minggu. Apabila bekalan makanan
habis, barulah baginda pulang. Isterinya Siti Khadijah tidak pernah merungut
dengan kelakuan baginda. Suatu hari, Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril.
Baginda terkejut melihat suatu lembaga yang besar sedang berdiri di hadapannya.
Bacalah, suruh Malaikat Jibril.Saya tidak tahu membaca, jawab Rasulullah jujur.Malaikat
Jibril mendakap Rasulullah dengan kuat dan berkata: Bacalah! Saya tidak tahu membaca,
jawab Rasulullah lagi.

Baginda adalah seorang yang buta huruf. Jawapan itu
menyebabkan Malaikat Jibril memeluk baginda sekali lagi. Jibril menyuruh
baginda, membaca dan Nabi Muhammad mengulangi jawapannya bahawa baginda tidak
tahu membaca.Malaikat Jibril memeluk baginda buat kali yang ketiga. Pelukan itu
lebih erat daripada yang sebelumnya. Akibatnya, baginda kelemahan dan lemah
tidak bermaya.Malaikat Jibril pun melepaskan pelukan di tubuh baginda. Dia
kemudiannya membaca surah al-Alaq. Baginda mengikut bacaan Malaikat Jibril itu.Selepas
itu, baginda pun pulang ke rumah. Surah al-Alaq adalah wahyu pertama yang
diturunkan kepada Rasulullah SAW Selepas peristiwa itu, Rasulullah menerima
lebih banyak wahyu daripada Allah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia
supaya mereka tetap berada pada jalan kebenaran. . Selesai
menziarahi tempat-tempat bersejarah itu kami terus bermiqat di Ja’ranah untuk
melakukan umrah yang kedua sekaligus berniat di Jaaranah dan kembali semula ke
Masjidil Haram
Pada 31 Disember hari Isnin pada pukul 12
tengahari kami solat zohor dan semua jemaah perlu makan tengah hari di hotel
untuk meneruskan perjalanan.kami berkumpul di lobi dan bergerak ke hudaybiyyah yang mengambil
masa 1 jam untuk sampai ke sana.
Kami dilihatkan dengan unta yang banyak dan
disitu kami melihat orang menjual susu unta, kencing unta, pelbagai jenis Kurma
dan macam-macam berangan lagi. Selepas selesai melihat unta dan mengambil
gambar bersama unta yang mempunyai bau yang boleh tahan, kami ke
Hudaibiyah
untuk bermiqat bagi melakukan umrah yang ketiga dan kami menukar pakaian ihram
di masjid Hudaibiyah sambil itu kami berjalan-jalan mengelilingi masjid
tersebut Untuk melihat kesenian masjid tersebut
dan sekaligus berniat Ihram .
Sebelum pulang ke Kaabah untuk menunaikan umrah, kami melawati muzium yang
mempunyai pelbagai khazanah yang ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu
sebagai contoh Perigi ZamZam, pintu kaabah
Kunci-kunci Ka’bah, talang emas, kiswah, pembungkus hajar
aswad juga disimpan di ruangan ini. Setelah berapa jam
berada di dalam muzium kami pun terus kembali ke Masjidil Haram ada pukul 5
petang untuk selesaikan umrah kami yang ketiga.
 |
| Mendengar Taklimat |
Pada 1 Januari 2019 bersamaan hari Selasa pada pukul 8.00 pagi kami ke Tanaim melakukan
umrah keempat. Kami menempah 2 buah van untuk ke tanaim di masjid saidatina
Aisyah dimana disini saidatina Aisyah bermiqat untuk melakukan umrah ketika
nabi melakukan haji wada' pada pukul 12.00 semua jemaah telah selesai
melaksanakan umrah tersebut dan jemaah diminta untuk berkumpul di dewan makan
pada pkul 4 untuk mendengar taklimat akhir yang disampaikan oleh tuan Ibrahim
Tuan Man sebelum bertolak balik pada esok hari.Beberapa jemaah telah membayar dam atas kesilapan dalam menunaikan umrah yang tidak disengajakan
Taklimat tersebut beransur
selesai ketika azan maghrib berkumandang jemaah bolehlah menunaikan solat
maghrib di Masjidil Haram dan terus solat Isyak di sana
Pada 2 Januari bersamaan hari Rabu selepas
solat subuh di Masjidil Haram kami bersarapan dengan makanan yang enak dan
bersiap-siap untuk melakukan tawaf Wida pada pukul 6 pagi. Setelah selesai
Tawaf Wida’ kami segera mengangkut beg dan mempersiapkan diri kami untuk turun
ke lobi dan berangkat ke Jeddah Airport
 |
| Ucapan dan Bacaan doa |

pada pukul 10 pagi. Kami check in
barang pada pukul 3 petang dan menaiki
flight 1 jam sebelum untuk berlepas pada pukul 6 petang. Penerbangan dari
Jeddah ke KLIA mengambil masa selama 9 jam kami mendarat di KLIA pada pukul
5:15 bersamaan 3 Januari 2019 kami mengambil beg dan mereka pulang ke kampung
masing-masing sambil mengucapkan selamat tinggal. Semoga perjalanan ini
dirahmati oleh Allah dan mendapat manfaat oleh setiap orang.
Jika anda berminat sila hubungi 016-3124996 Nas Kembara Travel