Nas Kembara ke Korea Selatan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera anda sedang berada di Laman Nas Kembara. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana diberikan nikmat dan peluang untuk meneruskan perjalanan kehidupan sebagai seorang manusia. Disini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman kami sepanjang keberadaan kami di Korea pada 28 Ogos 2019 sehingga 4 Ogos 2019. Perjalanan kami sepanjang 8 hari 7 malam ini telah mencipta sebuah kenangan yang paling indah. Pada hari pertama 28 Ogos 2019, Hari Rabu, Kami bergerak ke KLIA seawal jam 9:00 pg dan sampai pada pukul 10:00 pg selesai semua perkara CheckIn-Immegresen-Boarding itu kami terus ke tempat menunggu Flight kami solat jamak taqdim zohor dan asar di Boarding station. Pada pukul 2:30 petang kami menaiki kapal terbang dan mendapat kerusi yang berdekatan. Kami tiba di Incheon Airport, Korea pada pukul 10 malam dan kami terus melakukan jamak takhir isyak dan maghrib. Kami berjalan di sekitar airport dan membeli T-Money sebagai tambang untuk p