Nas Kembara ke Korea Selatan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera anda sedang berada di Laman Nas Kembara.

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana diberikan nikmat dan peluang untuk meneruskan perjalanan kehidupan sebagai seorang manusia. Disini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman kami sepanjang keberadaan kami di Korea pada 28 Ogos 2019 sehingga 4 Ogos 2019. Perjalanan kami sepanjang 8 hari 7 malam ini telah mencipta sebuah kenangan yang paling indah. Pada hari pertama 28 Ogos 2019, Hari Rabu, Kami bergerak ke KLIA seawal jam 9:00 pg dan sampai pada pukul 10:00 pg selesai semua perkara CheckIn-Immegresen-Boarding itu kami terus ke tempat menunggu Flight kami solat jamak taqdim zohor dan asar di Boarding station. Pada pukul 2:30 petang kami menaiki kapal terbang dan mendapat kerusi yang berdekatan. Kami tiba di Incheon Airport, Korea pada pukul 10 malam dan kami terus melakukan jamak takhir isyak dan maghrib. Kami berjalan di sekitar airport dan membeli T-Money sebagai tambang untuk pengangkutan di sepanjang perjalanan di Korea. Kami tidur berdekatan airport tersebut hingga pagi hari menjelma.
            
               Pada 29 Ogos 2019, Hari Khamis, Di incheon airport, surau bagi umat Islam tidak disediakan sekiranya ada tulis prayer room itu hanyalah untuk orang kristian bersembahyang iaitu gereja so berjaga-jaga. Kami menunaikan solat subuh di bahagian yang sesuai dan bersih untuk solat. Apabila selesai semua itu kami menaiki Subway yang menyambungkan ke Hyewa di mana terletaknya hotel untuk kami check in. Perjalanan Incheon Airport ke Seoul Station mengambil masa 2 jam oleh itu kami mengambil langkah untuk tidur di dalam train seketika untuk merehatkan diri. Apabila telah sampai ke Hyehwa kami check in di Bong House, Hyewa dengan menggunakan Google Map untuk mencari tempat tersebut dengan lebih tepat. Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami pengurus Hotel tersebut membenarkan kami untuk check-in pada pukul 9:00 pagi dengan memberi harga yang sama dan bilik yang besar sesuai dengan bilangan kami. Di hotel kami terus membuat jamak taqdim solat zohor dan asar, kami tidur seketika di hotel sehingga pukul 4:30 petang. Kami bersiap untuk bergerak ke  “Dongdaemun History and Culture Park”, 
Dongdaemun History


ia merupakan suatu kawasan yang mempunyai bentuk pembangunan dan pembinaan yang kompleks, Design dan reka bentuk yang menarik dengan konsep "Landskap Metonymic." Metonymy merujuk kepada kaedah menggambarkan objek tertentu secara tidak langsung dan, Hadid menggabungkan aspek sejarah, budaya, bandar, sosial, dan ekonomi Seoul yang disimpulkan daripada kaedah ini untuk mewujudkan pemandangan landskap. ianya sangat mengagumkan di dalamnya dipenuhi dengan perdagangan yang pelbagai. serta mempunyai sejarah-sejarah perobohan kawasan dan penambah baik penubuhannya. “Dongdaemun Design Plaza”, juga dikenali sebagai DDP pula adalah utama pembangunan bandar mercu tanda di Seoul, Korea. Direka oleh Zaha Hadid dan Samoo , dengan tersendiri neofuturistic reka bentuk ciri-ciri yang kuat, bentuk melengkung struktur memanjang. Mercu tanda ini merupakan pusat fesyen Korea dan destinasi pelancongan yang popular. DDP telah menjadi salah satu sebab utama Seoul sebagai World Design Capital pada tahun 2010. Pembinaan bermula pada tahun 2009 dan ia dirasmikan secara rasminya pada 21 Mac 2014. Ia secara fizikal dihubungkan ke Seoul Subway melalui Dongdaemun History & Culture Park Stesen pada Talian 2, 4 dan 5 dan kami telah menaiki bumbungnya dan menangkap gambar disana.Seterusnya, kami terus bergerak ke “Changyeongyoum Stream”,

Changyeugyoum River
di sini kami dapat melihat sungai yang jernih dan air pancut berlampu. Bersebelahan dengan Sungai tersebut terdapat pasar-pasar yang menjual pakaian penuh dengan topi. Pada pukul 9:00 malam kami berjalan mencari kedai makan halal yang disarankan terdapat di sekitar kawasan ini. Di sini kami makan 3 Ikan Bakar dan Sotong Spicy Korean. Pada pukul 10:00 malam kami bergerak balik ke hotel dengan menaiki subway yang merupakan kenderaan dunia akhirat kami dan sampai pada pukul 11:00 malam kami terus menunaikan solat jamak takhir isyak dan maghrib di hotel.

                 Pada 30 Ogos 2019 bersamaan dengan hari jumaat, kami bersarapan di hotel dengan makan maggi dan sushi dibuat khas boleh kakak kesayangan saya. Kami keluar dari hotel pada pukul 9 pagi untuk menunggu bas di Dongdaemun. Pada pukul 10:30 pagi bas ke “Everland, Yongin”, muncul di depan kami dan kami menaiki bas itu secara tertib. Pergerakan dari dongdaemun ke everland mengambil masa 1 jam 45 minit. Setibanya di Everland pada pkul 11:40 kami terus mendaftar masuk ke dalamnya dengan harga RM120 beli secara online lebih baik. Saya sangat bersemangat ketika berada di sana kerana tak sabar untuk menaiki roller coaster yang mempunyai ketinggian yang mencabar digelar T Express.Di Everland terdapat Lima Bahagian  antaranya yg pertama Global Fair merupakan tempat untuk mencari cenderamata dan bergambar selepas kita berjalan masuk dan keluar dari sesuatu permainan. Terdapat banyak kedai dan perkhidmatan seperti sewa kereta dan loker yang disediakan.



 Kedua,  ZooTopia adalah bahagian bertema haiwan. Terdapat zoo haiwan peliharaan, tunggangan kuda, dan pameran haiwan. Terdapat Mini Zoo dengan singa laut , penguin , beruang , harimau dan primata . Safari dengan menaiki bas boleh berjalan berhadapan yang menunjukkan haiwan seperti Singa, Dubuk dan Beruang berkeliaran berhampiran bas kita di habitat yang berasingan pengunjung akan tinggal di dalam bas dan tingkap tidak boleh dibuka sesuka hati.



Amazon Express adalah perjalanan rakit, di mana kebanyakan pengunjung akan terserempak dan menaiki rakit tersebut untuk melihat permandangan didalam hutan amazon tetapi secara berakit. Zoo petting menyediakan haiwan seperti kambing gurun dan kambing untuk haiwan kesayangan. Sebenarnya ada seekor gajah bernama Kosik ia adalah salah satu gajah Zoo Topia yg boleh menunjukkan keupayaannya untuk meniru kata-kata Korea kami tidak sempat untuk melihat pertunjukan ini kerana bukan masanya kami hanya berjaya masukan kepala zirafah dalam bas kami haha. Ketiga, European Adventure 
European Adventure

digelar european kerana mempunyai banyak restoran dalam gaya Eropah. Seni bina meniru gaya Eropah dari segi pembinaan rumah-rumah warna dan reka bentuk. Terdapat juga taman bunga Ros, Dahlia dan lain-lain yang dikelilingi oleh kereta api, taman permainan dan arked yang sangat cantik rasa seperti kita berada di negara Eropah lah huhu. Sekiranya berkelapangan dan ingin sampai ke bahagian ini perlulah ambil masa pada waktu malam kerana pencahayaan di sini sangat cantik untuk bergambar dan create a kenangan. Keempat,  

Magic Land adalah banyaknbangunan dan benda yang seram dan imaginasi. Terdapat sebahagian yang dipanggil Aesop's Village di mana watak-watak dan tema-temanya diambil terutamanya dari dongeng orang-orang kerdil . The roda Ferris disediakan pemandangan keseluruhan taman itu saya sarankan tak payah naik kerana lambat sangat pusingnya. Kelima, American Adventure tema dari sejarah Amerika dibentangkan di bahagian taman ini. Terdapat satu perjalanan bertemakan barat yang terletak di bahagian ini yang disebut 'Rodeo'. Double Rock Spin adalah tarikan utama di Everland tp kitorg tak naik hahaha ia berhampiran dengan Rolling X-Train, sebuah roller coaster di Everland ini anda kena cuba sangat seronok dan extreme kerana erupakan roller coaster kayu di Everland di Yongin , Korea Selatan . 

T Express Roller Coaster
Ia adalah coaster kayu pertama di Korea, coin kayu keempat Intamin dengan trek pasang siap , Ia adalah roller coaster yang paling curam keempat di dunia dan roller coaster terpanjang di dunia . Disenaraikan sebagai permainan kayu terbaik di dunia dalam tinjauan online. Kami terus ke T Express untuk beratur. Masa yang diambil untuk beratur adalah 1 jam 20 minit jadi memerlukan kesabaran yang tinggi so apaapa pun sampai je Everland terus pergi ke sini untuk menaiki roller Coaster yang terpanjang ini. Reaksi semua org sangat gayat dan sungguh ekstrem kami di atas seperti menjerit-jerit tanpa sedar atau tindakan luar kawal sebab seram kot macam di campaknya kita huhu. 
Selesai menaiki Roller Coaster itu kami naik skyworld, disitu kita boleh lihat pemandangan yang sangat cantik daripada atas seperti menaiki cable car tetapi tiada bumbung. Rasanya seperti terbang di atas langit dan macam2 lagi permainan yang seronok seperti jurraic world, 4D Space, Zombie, rumah hantu ada macam2 lah ada memang sangat seronok gila.

                    Pada 31 Ogos 2019 bersamaan hari Sabtu kami bergerak pada pukul 11 pagi ke “Ganghwamun Square”, 

melihat king sojung dengan general yesunsin dikelilingi dengan air pancut yang menjadi tempat mandi kepada kanak-kanak di situ berdekatan dengan istana. Pada pukul 12.00 pm kami ke “Gyeongbokgung Palace 경복궁 ”,  

gyeongbokgung merupakan diraja utama istana daripada Dinasti Joseon . Dibina pada tahun 1395, ia terletak di utara Seoul Korea. Beliau yang terbesar di Lima Istana Besar yang dibina oleh dinasti Joseon, Gyeongbokgung berkhidmat sebagai rumah Raja-raja dinasti Joseon, rumah-rumah Raja, serta kerajaan Joseon. 


Kami hanya menonton performance atau upacara orang istana dan melihat sedikit sebanyak sejarah nya yang terpampang di dinding-dinding istana tersebut. Pada pukul 3.30 pm kami terus bergerak ke “Central Seoul Mosque, Itaewon”, untuk menunaikan solat jamak. Setelah selesai melihat masjid tersebut kami berasa lapar dan makan di Eid restoran yang merupakan kedai di jamin halal. Sudah kenyang masing-masing bolehlah kami membeli-belah di “Window Shopping Myeondong Street 명동 ”,

kami membeli mask dan kasut tetapi harga di sana dan di bandar mempunyai harga yang lebih kurang sahaja jadi berfikirlah sebelum membeli. Lepas penat membeli belah kami survey jalan untuk ke Namsan tower tapi patah balik sbb terlampau jauh perlu menaiki bukit yang sangat curam jadi saya memang sarankan jika ingin pergi ke Namsan Tower dan teringin sangat gunalah kabel car sebagai ganti tenaga untuk menaiki gunung tersebut hingga ke puncak Letih Woo.

                     Pada 1 September 2019 bersamaan hari Ahad, kami bergerak ke Nami Island pada
pukul 12 tengah hari. “Namiseom atau Pulau Nami (남이섬)”, 

merupakan pulau berbentuk semi bulatan terletak di Chuncheon , Wilayah Gangwon, Korea yang dibentuk sebagai tanah di sekelilingnya dibanjiri oleh peningkatan air Sungai Han Utara akibat pembinaan Empangan Cheongpyeong pada tahun 1944. 


Namanya berasal dari Jenderal Nami, yang meninggal pada usia 28 tahun setelah dituduh secara palsu sebagai pengkhianatan semasa pemerintahan Raja Sejo , raja ketujuh Dinasti Joseondari Korea. Walaupun kuburnya tidak ditemui, ada timbunan batu di mana tubuhnya sepatutnya dikebumikan. Adalah dipercayai Kononnya jika seseorang mengambil satu batu dari sana, ia akan mendatangkan kemalangan kepada rumah mereka.



Sebuah syarikat pelancongan mengatur kuburan dengan tanah dan kemudian mengembangkan Namiseom menjadi sebuah taman hiburan. Awalnya, kami perlu menaiki teksi untuk sampai ke Nami Island setelah sampai pula perlu menaiki feri untuk melintasi lautan yang luas. Kami melihat keindahan flora dan fauna yang mana tempat itu dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang memberikan suasana dan udara yang segar dan sejuk. Kami melihat burung unta tupai makan kacang tu sangat comel.

 Kami ke bahagian Winter Sonata untuk bergambar setelah selesai bergambar kami berhenti makan di Asian Cuisine kerana di situ terdapat tempat solat bagi orang muslim untuk lebih mudah menunaikan solat dengan lebih sempurna. Setelah selesai solat jamak kami terus berjalan pulang ke feri untuk balik. Sebelum pulang ke Hotel  pada pukul enam setengah saya mengajak mereka untuk pergi ke Hongdae Street di Hang gik di situ terdapat empat kumpulan yang membuat performance secara volunteer oleh itu saya menonton seketika sehingga pukul 9 dan kami bergerak pulang ke hotel kami dengan riang ria.





Pada 2 September 2019 bersamaan hari Isnin, Pada pukul 11:00 pagi kami gerak keluar dari hotel untuk ke “National Museum of Korea 국립중앙박물관  ”, yg merupakan muzium unggulan dari sejarah Korea. Seni di Korea Selatan dan organisasi budaya yang mewakili Korea. Sejak penubuhannya pada tahun 1945, muzium ini telah berkomitmen untuk pelbagai kajian dan aktiviti penyelidikan dalam bidang arkeologi, sejarah, dan seni, terus mengembangkan pelbagai pameran dan program pendidikan. Ia adalah salah satu muzium terbesar di Asia. Disitu kami dapat melihat zaman berkurun-kurun lamanya ketika zaman paleolitik, neolitik dan zaman logam, pakaian mereka dan adat tradisi Mereka sangat membanggakan dan mengharumkan identiti mereka sebagai seorang warganegara yang patuh dan taat kepada negara dan tanah air. 


COEX Mall Starfield
Kami ke “COEX Mall Starfield ”, yang mempunyai keluasan kira-kira 154,000 meter persegi, di mana 144,000 meter persegi berada di tingkat satu bawah tanah, menjadikannya pusat membeli-belah bawah tanah terbesar di dunia. Pusat membeli-belah terletak di Samseong-dong disampaikan oleh Stesen Samseong di Seoul Metro Line 2 , di persimpangan Teherannodan Yeongdong Dae-ro. COEX Mall bersebelahan dengan COEX Convention & Exhibition Centre , yang merupakan sebahagian daripada kompleks COEX , yang dikendalikan oleh Persatuan Perdagangan Antarabangsa Korea (KITA). Di Situ terdapat pelbagai jenis buku dan bahan bacaan bagi siapa yang suka membaca novel, majalah, artikel dan lain-lain. Dan tempat ini juga sesuai untuk bergambar kerana buku yang banyak-banyak di susun dengan kreatif dan inovatif menjadikan tempat itu lebih wow. Selepas habis saja membelek-belek di situ kami terus ke smtown yang berdekatan dengan pustakaan tersebut. Seterusnya kami berjalan kaki ke 



SM Entertainment Award
“SM Town”, yg berada bersebelahan COEX Mall. Di dalam SM town terdapat empat tingkat terdiri daripada penganugerahan, galeri, album dan signature idols K-Pop. Kami ke bahgian Award untuk melihat Anugerah orang korea. Telah beberapa jam penat berjalan kami terus pulang ke hotel halaman kami di Hyewa.
Permandangan di Namsan Tower

Namsan Tower
                    Pada 3 september 2019 kami bersiap-siap untuk check out hotel dan meneruskan perjalanan pada hari terakhir. 


Kami berjalan semula ke Itaewon kerana di situ banyak makanan halal. Kami makan nugget ayam dan pizza sebagai makan tengah hari. Pada pukul 2:00 tengahari kami bergerak ke “Namsan Tower 서울 타워”, 



dengan menaiki cable car. Namsan Tower merupakan secara rasminya Seoul Tower YTN dan dikenali sebagai Menara Namsan atau Menara Seoul , adalah komunikasi dan menara pemerhatian yang terletak di Gunung Namsan di pusat bandar Seoul , Korea. Pada 236 meter (774 kaki), ia menandakan titik tertinggi kedua di Seoul. Dibina pada tahun 1971, Menara Namsan ini adalah menara gelombang radio umum pertama Korea Selatan, yang menyediakan penyiaran TV dan radio di Seoul. Pada masa ini, menara menyiarkan isyarat untuk saluran media Korea, seperti KBS , MBC dan SBS .
Permandangan Puncak di Namsan Tower

Di situ kami sempat melihat pertunjukan oleh orang Korea tentang seni dan kebudayaan mereka. Bagaimana mereka mengacukan pedang ke pihak lawan (musuh). Kami mengambil peluang untuk makan di kampungku, korea kerana di situ terdapatnya tempat solat untuk menunaikan jamak takhir. Terdapat ramai pelajar Malaysia yang singgah ke tempat tersebut untuk makan makanan Korea yang dijamin halal itu. Kami kembali ke myeongdong semula untuk membeli belah barangan yang tidak terbeli sebelum ini seperti stokin, baju dan souvenir. Dah selesai semua itu kami ke “Hanggang Park”,
Semoga kita berjumpa lagi 
tempat sesuai untuk berselfie selfer dan mengambil gambar untuk membuktikan yang kita berada di Korea hahaha. Kami pulang ke hotel untuk mengambil semula beg dan pergi ke Seoul Station. Setelah sampai ke Incheon Airport kami berehat melegakan kaki dan meregangkann otot kerana penat berjalan. Kami makan Mi segera yg lebih mudah untuk dibawa kesana kesini. Kami tidur di Airport seketika.
          
              Pada 4 September 2019 harinya pkul 7:30 kami ke Checkin Flight ke Malaysia dan sedia untuk pulang ke tanah air yang kami sayangi. Sekian Terima Kasih Semoga pengalaman saya ada sedikit sebanyak menarik minat anda untuk berjalan ke luar Negara dan menambah pengalaman dalam kehidupan. Jika berminat anda boleh mengikuti perkembangan Nas Kembara pada hari Berikutnya mengikut Cadangan Perjalanan yang telah kami tetapkan atau hubungi Hj Aszmi 016-3124996 untuk maklumat lanjut dan pemberitahuan seterusnya.

UNTUK MAKLUMAN ANDA NAS KEMBARA AKAN MEMBUKA PAKEJ KE SEOUL KOREA PADA HUJUNG BULAN OKTOBER 2019 INI. SILA DAFTARKAN NAMA ANDA SECEPAT YANG MUNGKIN BAGI MEMUDAHKAN PROSES PEMBELIAN TIKET DAN SEBAGAINYA (Hj Aszmi 016-3124996)

Popular posts from this blog

Jejak Kasih keluarga Naemah

Jelajah Negara Balkan