MELANCONG PARIS LONDON
Pada 21 Disember 2016 Kami bersama Nas Kembara Travel telah sambung mengembara ke Kota London n Paris.
Pemilihan destinasi ini kerana mempunyai suasana yang indah dan kedingingan suhu 6'c yang sejuk.
7:30 pagi kami sampai di airport CDG Paris
Menaiki coach yang terkenal di Paris menuju round tour paris untuk bersiar-siar selama 3 jam.
di sanalah terdapatnya Eiffel tower yang menjadi icon kepada Negara Paris, Landmark Paris , Grand Mosquee de Paris iaitu Masjid Raya Paris yang sangat cantik,
Louvre merupakan Museum yang menarik,
notre dame iaitu gereja Paris,
Arc de triomphe iaitu Tugu Paris (perang Napoleon) dan
Grand Palais iaitu Istana or Museum
ada juga sebahagian drpd kami pergi ke Disney Land untuk melihat keunikan kecantikan bandar Disney.
Pada sebelah petang kami check in hotel. Kami diberi rehat. Ada sebahagian kami bershopping di Kota Paris. Dan pada waktu malam, kami beronda-ronda di sekitar pekan Bercy menikmati suasana keindahan malam.
Selepas makan malam kami packing barang untuk ke London keesokan hari.
22 Disember
bermula 6.50 pagi selepas solat subuh kami bergerak ke Bercy station ubtuk menaiki perkhidmatan Bas Express OUIBUS ke London. Pukul 8.30 bas bertolak ke London.Suasana yang sejuk ditambah lagi hujan renyai2 menyebabkan kami kesejukan..mujur dlm bas ada heater panas yg meredakan dari kesejukan, Perjalanan ke London mengambil masa 6 jam.. Sebelum memasuki London bas kami menaiki kereta api dalam terowong bawah laut untuk menyeberangi Selat Inggeris selama 30 minit. Setelah memasuki London kami perlu mengecop passport di border Paris London, Dari selat Inggeris tu ambil masa dlm 3 jam juga nak sampai ke Kota London..
Setelah sampai Victoria station di kota London kami bergerak ke hotel d an Checkin di Astor victoria hostel untuk merihatkan diri.Kami berehat serta melakukan aktiviti bebas dan boleh bershopping. Ramai juga keluar bersiar2 di kota london pada malam tu juga..tak sabar2 utk sopping dan melihat kecantikan London yg sebenarnya.. Banyak juga yg teruja dgn pemandangan di sini,,Ada yg berkata Subhanallah cantiknya, masing2 tidak sangka mereka sampai ke london yg kebanyakan mereka pertama kali sampai. Hotel kami juga ada sejarah yg tersendiri..
23 Disember pada 8.30 pagi selepas bersarapan pagi bertolak ke golden tours syk bas hop on hop off yg membawa kami berlegar-legar sekitar kota London. Ada 6 tempat yg kami pergi pertama di ~Buckingham palace road di golden tours building.Sejam selepas itu melihat ~GoldenTours Bus di Buckingham Palace . ~Melawat Istana dan Museum,~Big Ben of London di Landmark London,~ St Paul's Cathedral Gereja, ~Tower Bridge iaitu Jambatan yang menjadi Lambang London,~ Trafalgar Square iaitu Dataran yaang memperingatkan tentang peperangan Trafalgar.
Pada pukul 4 petang bergerak ke hotel berehat, aktiviti bebas dan ada yg terus bersoping.
24 Disember merupakan FREE TIME aktiviti bebas dan bershopping dengan keluarga,saudara dan sahabat handai untuk meluangkan masa bersama serta menambah nostalgia kehidupan dan kenangan.
Antara cadangan tempat yang boleh melawat~
👉Malaysian Hall Amberssy
👉University of Oxford
👉The london Mosque
👉Oxford Street
👉Wembley Stadium
25 Disember pada tengahari checkout Astor Victoria Hostel London bergerak ke Victoria Station untuk ke Bercy Station. Dari Victoria Station mengambil masa 8 jam ke Bercy station of Paris
26 Disember pada waktu 12 malam kami menaiki coach, mengemas barang di hotel semula dan sebelum singgah ke airport CDG kami panorama malam di Eiffel Tower malam yang sangat cantik.Selesai acara bergambar tepat pukul 3 pagi kami berada di Airport CDG mengambil masa yang panjang menunggu pelepasan.Oleh itu kami bercerita tentang pengembaraan yang kami lalui.
Waktu 11 pagi kami bertolak balik ke Malaysia