Assalamualaikum semua....
Hari ini saya ingin menceritakan tentang pergerakan kita sepanjang 14 hari mengembara di tanah para Anbiya dan ziarah Istanbul bermula pada
19 Disember Rabu pada pukul 8:30 kita berkumpul di KLIA untuk mendengar sedikit taklimat daripada tuan Azmi dan
memberi penerangan serba sedikit tentang perjalanan yang akan dilalui. Kami
check in barang dalam 45 minit. Pihak kami membekalkan nasi lemak bagi siapa
yang ingin bersarapan di airport kami makan-makan sebentar.Tidak digalakkan berlebih-lebih nanti sakit perut plak kan susah huhu sambil makan kita berkenal-kenalan dengan mereka kemudian pukul 11:10 kami menaiki kapal terbang untuk ke
Jeddah. Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 9 jam fuhh lama dlam flight dan tiga jam sebelum mendarat
jemaah lelaki perlu menukar pakaian dengan kain ihram bagi mengelakkan
kesesakan di dalam flight "dah lah kocik je tompat eh" hahaha dankita akan bermiqat di dalam kapal terbang "Miqat Umrah
didalam kapal terbang 20 minit sebelum mendarat"
 |
| Tiba di Jeddah |
Setelah tiba sahaja di
Jeddah pada pukul 4:20 kami menaiki coaster 30 minit jugaklah menunggunya ok lah kan dari satu jam hehe Kita terus ke Makkah melihat matahari terbenam
subhanallah sungguh indah ciptaan Tuhan. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah
mengambil masa 2 jam time tu masing2 lah share story and pengalaman yang mereka pernah lalui fuhh hebat-hebat belaka. Setelah sampai di hadapan hotel kami check in hotel ,
Semua jemaah diminta untuk makan dahulu bagi menambahkan tenaga kerana selepas
ini akan melakukan umrah yang memerlukan tenaga yang banyak dan kekuatan
fizikal serta mental 2 jam nak habiskan satu umrah tampa rehat kalau nak diikutkan. Selepas makan Jemaah umrah boleh perkemaskan diri sambil menunggu
mutawif yang sangat berketerampilan yang belajar di institut tinggi di Yemen wahh.
 |
|
Pada pukul 9:00 kami berjalan ke Masjidil
Haram untuk menunaikan ibadah Umrah yang pertama di situ pelbagai soalan
ditujukan untuk menyakinkan diri kita dalam melakukan ibadah umrah tersebut.
Mutawwif tersebut melakukan umrah dengan sepenuh keikhlasan. beliau membaca
wirid dan doa satu persatu untuk memudahkan para jemaah mengikutnya hingga
akhir. Pada ketika itu jika kita mendalaminya akan berasa sedih dan pilu
sehingga boleh mengalirkan air mata. Setelah selesai melakukan tawaf kami
melakukan solat sunat dan pada masa itu kita rasa dekaaat sangat dengan Allah SWT hanya
kita dengan Allah sahaja yang boleh mendengar luahan hati. Saya teringat kata
Pn Rozaida yang menjadi iktibar dan pedoman kepada
saya"Seorang
kawan saya dia pergi menunaikan umrah, Allah tutup matanya untuk melihat Kaabah
dia tak nampak kaabah yang besar tu. Dia mintak ampun,menangis akhirnya barulah
dapat melihat Kaabah berada besar depan mata dia" Kata Pn. Rozaida kepada
kami
dengan penuh menjiwai Nauzubillah saya rasa bersyukur Allah mengizinkan kami semua melihat Kaabah yang mempersona itu. Selepas itu kami mengambil gambar untuk
menjadi kenang-kenangan di hadapan Kaabah
 |
| Selesai Tawwaf |
selepas tawaf kami melakukan saie
daripada Bukit Safa ke Marwah dan diulang sebanyak 7 kali makin bersemangat semua alhamdulillah.
 |
| Bukit Safa |
Mutawwif tersebut
melakukan tahallul dan memotong beberapa helai rambut kami di marwah. Setelah selesai
umrah dalam jam 3 pagi kami kembali ke hotel untuk beristirehat dan bagi
sesiapa yang ingin bercukur sangatlah digalakkan selepas itu gugurkan dosa tu.
20 Disember Khamis pukul 9 pagi selepas bersarapan di hotel. kami menziarahi sekitar di
dalam Mekah berhampiran Masjidil Haram. First Sekali kami bergerak ke Telaga
zam-zam dan melihat
 |
| Telaga ZamZam |
bagaimana teknologi mengepam air zamzam daripada kaabah
sehingga ke atas.
Selepas itu kami pergi melihat Rumah nabi yang kini nya telah
menjadi perpustakaan untuk setiap jemaah Haji dan Umrah boleh mengetahui sirah
sirah Nabi tapi time kami datang perpustakaan tutup jd bergambar jelah kita dan kami ke Masjid Syajaroh itu tempat Nabi menunjukkan mukjizatnya
kepada jin subhanallah ketika kami menziarahi masjid syajarah ini ketika itu pukul 12:30
kami menunaikan solat zohor di masjid berhadapan nya, selesai solat kami ziarah
Masjid Jin iaitu tempat jin-jin terpukau dengan bacaan yang dialunkan oleh Nabi
Muhammad SAW ketika membaca surah ar-rahman , kami juga
menziarahi Perkuburan Maala tempat Siti Khadijah dimakamkan. Pada
akhir sekali kami ke bazaar jafariah situ bagi sesiapa yang ingin membeli belah
silalah haha
21 Disember Jumaat
 |
| Penerangan Ust Zudin |
Pada pukul 7:30 pagi
hari Jumaat bersamaan 21 disember kami berkumpul di lobby untuk kami menziarahi
kawasan luar Mekah yang bersejarah iaitu Jabal tsur di mana tempat Nabi Muhammad
bersembunyi ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah yang ditemani oleh abu bakar
al-siddiq. Di dalam perjalanan kami melalui institusi yang terkenal dan menjadi
rebutan di Malaysia iaitu ummul qura.Kami melihat kehijauan Tanah Haram yang
mula subur yang menjadi petandanya hari kiamat lalu seorang hamba Allah
bersuara "Bagaimana pokok boleh hidup dalam keadaan panas terik macam
ni? sebab Allah telah jadikan ciri2 pokoknya yang tersendiri antaranya daun pokok
yang keras membantunya untuk hidup di tempat panas dan akar pokok di kawasan
gurun ni boleh menjala panjang untuk cari air itu lah antara kekuasaan
Allah" Kata En. Zul kepada kami semua Subhanallah. Selepas itu, kami ke Arafah memasuki kawasan
masjid
 |
| Padang Arafah |
berdekatan dengan Jabal Rahmah di mana tempat Nabi Adam dan Hawa di
pertemukan setelah sekian lama berpisah dari syurga kerana melanggar
larangan-Nya iaitu memakan buah khuldi, di Jabal Rahmah ini juga kami
mendakinya dan berdoa di situ kerana tempat yang mustajab untuk berdoa lagi
lagi meminta jodoh hehe. Kemudian kami ke Mina melihat tempat di mana kegigihan
Ibrahim melawan iblis dengan melemparkan kerikil-kerikil untuk menghalau iblis
lalu perbuatan itu dijadikan sebahagian daripada amalan melaksanakan haji iaitu
melontar jumrah di jumratu Ula,Aqabah dan Wusta’.
 |
| Mina |
Iblis menggodanya untuk
melemahkannya daripada melakukan seruan Allah untuk menyembelih Ismail namun
penyembelihan tersebut digantikan dengan seekor libas di situ Allah hanya ingin
menguji ketabahan dan kesabaran baginda. Kemudian kami ke Jabal Nur atau Gua
Hira
 |
| Jabal Noor |
dimana tempat Nabi mendapat wahyu yang pertama dan turunnya surah al-alaq
1 hingga 5 yang menyatakan tentang “Bacalah!” dan kami bermiqat di Tanaim yang
juga merupakan tempat miqatnya Saidatina Siti Aisyah untuk kami melakukan umrah
kedua sekaligus Berniat di situ. Setelah kami pulang ke hotel jemaah lelaki
boleh terus menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram seterusnya melakukan
umrah manakala perempuan boleh melaksanakannya setelah seusainya solat Jumaat
tersebut.
22 Disember Sabtu
Pada 22 Disember
bersamaan hari sabtu bagi sesiapa yang ingin melakukan umrah ketiga bolehlah
bergerak ke tempat miqat Tanaim. 9 orang yang menaiki van untuk mendaki Jabal
nur atau Gua Hira mereka mendaki
gunung mengambil masa 2 jam untuk sampai ke
atas puncak dan satu jam untuk turun salah seorang daripada mereka dapat
memasuki gua tersebut
walaupun gua tersebut sempit dan boleh memuat dua orang
sahaja setelah mereka selesai mendaki gunung dua orang ke Tanaim untuk
melakukan umrah yang ketiga
23 Disember Ahad
Pada 23 Disember
bersamaan hari ahad, ada pukul 7:30 pagi jemaah diminta untuk menurunkan beg
dan barangan ke lobi hotel untuk bersiap-siap bagi melakukan Tawaf Wida dan
menunaikan solat zohor. Pada pukul 2:30 kami bertolak ke Madinah dengan menaiki
bas alhamdulillah rezeki menyebelahi kita sepatutnya kita menaiki coaster namun
digantikan kerana tiada penumpang bas selain jemaah kita, kami
bersembang-sembang didalam bas En.Zulkifli sentiasa mendedahkan kami tentang ilmu
pertaniannya sambil mengaitkan dengan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT kami
sangat menghargai kata-kata yang diberikan oleh beliau setelah lama berborak sehingga
melalui "perkampungan monyet" bak kata Puan Rozaida bas berhenti seketika dan
membuka pintu mengarahkan kami untuk memberi makan sekiranya ada lalu kami pun
cuak haha.
 |
| RnR |
Pada pertengahan jalan lebih kurang 4 petang kami berhenti di RNR
mekah makan nasi Arab serta menunaikan solat Asar setelah sampai sahaja
di Madinah sekitar jam 6:30, Jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi dan
melihat bandar yang digelar bandar bercahaya atau madinah al-munawwarah
 |
| Taklimat Ringkas |
Pada
malam hari pukul 9 kami mendapat sedikit tazkirah ringkas bersama Ustaz Tuan
Ibrahim Tuan Man dan ustaz solehin mukhyi tentang perjalanan kita di Madinah.
Selepas mendengar taklimat yang panjang lebar kami terus pergi ke Madinah untuk
menziarahi makam Nabi Muhammad,saidina abu Bakar dan saidina Umar dan memasuki
Raudhah untuk melakukan solat sunat di dalamnya dan sebagainya.
24 Disember Isnin
 |
| Hotel Madinah |
24 disember bersamaan
hari isnin kami menziarahi dalam madinah iaitu masjid Rhamamah iaitu tempat
nabi melakukan solat istishqa' bersama para sahabat dan umat Islam yang lain
untuk meminta hujan sewaktu madinah dalam kekeringan dan kemarau yang
berpanjangan.
Menziarahi masjid Ali yang mana tapak rumah
 |
| Saqifah Bani Saidah |
saidina Ali kemudian
kami ke kubur baqi, digelarkan kubur baqie' kerana pada asalnya tempat ini
adalah ladang kurma ditebang untuk menjadikan tapak perkuburan dan baqie'
bermaksud tunggul dari situ terjadinya perkuburan baqie'. Akhir sekali kami
menziarahi saqifah bani saidah iaitu tempat Penentuan Khalifah yang pertama abu
Bakar as Siddiq sebelum dilantik menjadi Khalifah
setelah selesai ziarah
dalam semua jemaah bolehlah ke pasar untuk membeli-belah barangan yang
murah-murah
25 Disember Selasa
 |
| Masjid Quba' |
Pada hari Selasa kami
Ziarah luar Kota Madinah pertama sekali kami menziarahi Masjid Quba’
kami
melakukan solat sunat di dalamnya kerana apabila kita solat di dalam masjid
Quba bersamaan kita melakukan satu umrah kepujian kami ke khanda' tempat perang
khandak berlaku umat Islam menggali lubang sedalam dalamnya sebagai strategik
mereka untuk memerangi pihak lawan. Seterusnya kami ziarah Masjid Qiblatain
yang bermaksud dua kiblat dulunya masjid ini bernama masjid Bani Salamah hal
ini kerana pada asalnya umat Islam solat menghadap masjid al-aqsa apabila Wahyu
turun ketika nabi melakukan solat zohor allah memerintahkan untuk berpaling ke
Masjidil Haram. Kemudiannya kami ke ladang kurma mereka membeli kurma yang
murah,segar daripada ladang yang luas terbentang. Selepas itu kami ke Jabal
Uhud dan menziarahi perkuburan para Syuhada.
 |
| Jabal Uhud |
Kami juga mendaki gunung Uhud dan
di sini tempat umat Islam berjuang untuk mempertahankan agama Islam di sini
juga di hindun meratah hati Hamzah bin Abdul Mutalib kerana dendam Yang menebal.
Pada
pukul 3 Kami pulang ke hotel dan jemaah hendaklah memperkemaskan
diri dan menurunkan beg dan barang-barang lobby untuk persiapan check out dan
berangkat pulang ke Jeddah apabila barang telah selesai diturunkan jemaah bebas
untuk beribadat selepas solat Isyak jamaah diminta untuk makan malam terlebih
dahulu sebelum bergerak dan kerani akan berada di dalam bas pada tempoh yang
lama.Pukul 11 kita bergerak dari Madinah ke Jeddah mengambil masa 6 jam.
26 Disember Rabu
 |
| Makan di Rooftop |
Pada 26 disember hari
Rabu Apabila telah sampai di airport Jeddah kami check in barang pada pukul
6:30 pada pukul 8:20 kami telah menaiki flight dan menunggu masa 4 jam untuk
perjalanan menuju sampai ke antartuk airport
sampai sahaja di sana kami terus
dijemput oleh tuan enjin yang mana merupakan orang turki yang ditugaskan untuk
menjaga kebajikan kami dan keperluan kami sepanjang berada di Turki. Perjalanan
daripada antartuk airport ke hotel kami memerlukan setengah jam untuk sampai
apabila telah sampai kami menghidangkan mereka dengan makanan yang biasa
mengikut selera Malaysia. Mereka makan dengan Selera kerana telah jauh berjalan
tanpa henti dan selepas itu mereka disarankan untuk mengambil rehat Yang
secukupnya kerana pada esok hari kita akan melakukan aktiviti yang lebih
mencabar iaitu mengharungi hembusan bayu salji yang dingin sehingga mencapai
negatif -8 celcius. Kalau rasa tak tahan sejuk tu tak payahlah nak ikut Haha macam saya.
27 Disember Khamis
28 Disember Jumaat
 |
| Solat Jumaat |
Pada hari Jumaat
bersamaan 28 Disember kami keluar dari tempat penginapan pada pukul 12 untuk
menunaikan solat Jumaat itu bagi jemaah lelaki.

 |
| Menaiki Cruise |
Bagi jemaah perempuan keluar
pada pukul 3 berkumpul di dataran hippodreme untuk menaiki Cruise. Kami menaiki
hosphorus untuk melihat kawasan sekitar Istanbul melalui pengangkutan kenderaan
laut.
Kami menaiki nya pada pukul 4 suasana di atas Cruise sangat cantik dengan
keindahan dan kejernihan air laut yang terbentang luas di atas air menunjukkan
kekuasaan dan kebesaran Allah serta pemandangan bandar Istanbul yang mewarnai
kecantikan alam yang tersergam indah. Kami berada di atas cruise selama 2 jam
kami melihat burung Camar bersiul di langit dan terbang seperti mengiringi
cruise kami ada yang memberi makan kepada burung dan ada yang menikmati makanan
didalam cruise.Kami berlegar-legar di atas kapal sambil mengambil gambar dan
membuat video untuk menjadi kenang kenangan pada masa akan datang. Kami pulang
tepat pukul 6 dan berjalan kaki ke hotel dengan Riang Ria. Sampai sahaja di
hotel kami dihidangkan makanan yang dimasak oleh kak Aimi
29 Disember Sabtu
Pada 29 haribulan harin
sabtu kami berkumpul di lobi pada pukul 9 untuk pergi ke grand bazar kedai
terbesar di istanbul

kami berjalan kaki ke sana dalam 600 meter sedikit penat
kerana perlu mendaki bukit jadi kipidap dongibap
setelah sampai ke grand Bazaar
kami berpecah dan menetapkan satu tempat untuk Berkumpul mereka mendapat beli
kain atau shawl yang murah iaitu LR23 sehelai berjenama bukan biasa-biasa kami
membeli ole-ole untuk di berikan kepada saudara-mara jiran tetangga kaum
kerabat.
Kami juga ada yang membeli manis manisan di sana kerana harga yang murah
dan rasanya yang lazat dan terlampau manis ada juga yang menghabiskan
beribu-ribu untuk membeli sesuatu yang julung kalinya kita jumpai di Malaysia
hal ini bagi memenuhi keperluan seisi rumah tangga. Gula-gula yang
berjenis-jenis membuat tarikan kepada pelancong untuk menikmatinya. Setelah
berjam-jam dalam grand bazar tersebut kami keluar dan menaiki uber untuk balik
ke hotel
30 Disember Ahad merupakan hari
cuti di istanbul ketika ini kami pergi ke topkapi Palace untuk melihat
khazanah-khazanah yang berada di dalamnya

ada di antara mereka yang ingin
memasuki muzium tersebut namun disebabkan kesesakan dan perlu beratur yang
panjang lalu mereka membatalkannya lalu kami ke blue mosque dan ke Haghia Sofia
untuk tangkap gambar juga boleh pergi ke laut untuk melihat pemandangan di laut
mencari ketenangan dan sebagainya.
Ketika ini masing-masing kepenatan Ada juga
yang kurang sihat kerana kejutan cuaca agaknya atau terdedah dengan cuaca sejuk
yang melampau. Oleh yang demikian, memerlukan rehat yang cukup untuk segera
pulih harap semua dalam keadaan yang sihat walafiat dan bertenaga untuk
meneruskan perjalanan nanti.
31 Disember Isnin aktiviti bebas mereka
pergi ke Grand bazar untuk membeli barang yang masih tidak mencukupi lagi haha
 |
| New Year di Turkey |
.
Pada malam hari tu kami menaiki rooftop untuk menantikan sambutan tahun baru dan
kami menyambut tahun baru di sini yang sangat meriah dengan bunga api
meletup-letup warna-warni pulak tu dengan burung camar yang terbang
mengelilingi hotel kami kerana bunyi bunga api yang menggangu mereka untuk
tidur ish3 kesian
1 Januari Selasa
pagi ini kami keluar
dari hotel pkul 10:30 untuk check in flight pada pukul 2:00 dan
flight bertolak pada pukul 3:30 dan sampai ke Jeddah dalam
lingkungan 7:00 ptg kami transit sebentar selama 40 minit dan menaiki flight
Jeddah ke KLIA pada pkul 8:30 dan
Alhamdulillah 2
JANUARI 2019 bersamaan hari Rabu pada pukul 10:10 pagi kami sampai
ke destinasi kami tepat pada waktunya dan dalam keadaan selamat dan sejahtera
di Malaysia. Kami pergi ke claim bagasi dan masing-masing ucapkan selamat
tinggal dan bersalam-salaman antara satu sama lain dan pada kesempatan ini saya
ingin mengalungkan jutaan Terima Kasih yang teramat sangat kepada En. Zul, Pn
Maimunah, En.Hanafi, Pn Rozaida, Ikhwan, Aqilah,Shafie,Khaira,Hanisah,Hilman,Fahmi,Husna
dan kak Aimi aka Kaklong dan juga yang banyak membantu saya secara langsung
mahupun tidak. Saya berharap semoga perjalanan kita ini mendapat keberkatan dan
dirahmati oleh Allah SWT . Moga kita berjumpa lagi di masa yang akan datang
mungkin bukan di sini tapi di syurga Ilahi amin Terima Kasih atas kerjasama
anda Jika sesiapa yang ingin dan berminat menyertai kembaraan kami boleh berhubung terus kepada En Hj Azmi atau Whatapps di talian 0163124996