30 Hari Luar Negara

 

1 December 2023

bersamaan Hari Jumaat, Pada pukul 8:30mlm kami gerak dari rumah ke KLIA selepas isyak. Sampai sje trus selesaikan checkin bagasi awal2 supaya takde problem mcm terlebih kilo, doc x cukup dsb. Dalam pkul 11pm semua dah selesai. Kami bergambar dlu sbb xdapat dtg time hari graduasi 13 Dec 23 di USIM. Pukul 1pg mcmtu baru lambai2 semua org n masuk ke bahgian Boarding Flight then terbang pkul 2:15am waktu Malaysia. Dalam flight kami disediakan makann Rice (Nasi Lemak Rendang) or Cake (kuih ketayap) umi amik cake saya amik rice Hahaha dan waktu nak mendarat mereka sediakan Apple Pie. Kalau ikutkan waktu malaysia kami turun jeddah 11pg namun dengan jarak 7104km, mengikut orbit putaran bumi yang makin menjauh dari matahari jadi kami turun di Jeddah Airport pukul 6:15pagi waktu Saudi kami sempat menunaikan subuh di dalam Flight dan kami tidak berniat di Qarnul Manazil kerana kami telah bercadang untuk ke Madinah terlebih dahulu dalam 6 Hari mcmtu. Selesai mendarat kami claim bagasi n perkemaskan diri sikit selepas 9 jam dalam flight mmg tingtong ye. Alhamdulillah selamat mendarat.


2 December 2023

bersamaan Hari Sabtu, Pada pukul 6:15pg sampai di King Abdulaziz International Airport claim luggage semua then dalam pukul 8pg trus gerak ke madinah smpai pukul 11pagi 3 jam trus smpai kerana kami mintak taknak berhenti di  RNR and driver pecut laju yg amat.Tapi nak cari hotel kami dua kali pusing jugaklah sebab terlepas satu simpang.Kami checkin bilik berlima di Jawharat Al Rasyeed Hotel tingkat 9. Kami rehat smpai msuk waktu zohor 12:11pm dan solat di Masjid Nabawi menziarahi semula maqam nabi SAW sollu ala nabi. Lepas solat kami mencari makan tengahari dibawah hotel maklumlah bru smpai madinah xsempat nk buat survey xjumpa makann murah lg so bg yg buat pakej mur2 kena banyakkan berjalan ye. Pada jam 3:15ptg mcmtu msuknya waktu asar then trus masuk semula ke dlam Masjid Nabawi and tunaikan solat asar dan tunggu Maghrib dan Isya' sbb waktu semua dekat2 n dalam tu mcm2 ibadah kita bole laksanakan insyallah semuanya digandakan. Dalam pkul 7:10ptg kami bertemu untuk mencari makan malam puas pusing keliling madinah kami jumpa kedai makan  Chicken Mexican lebih berbaloi dengan harga yg berpatutan kami makan Shawarma, nasi arab dan air jus epal then trus balik ke hotel.


3 December 2023

bersamaan hari Ahad, kami yang lelaki memasuki Raudah. Sebelum masuk ke Raudah pastikan telah pilih waktu dalam app seminggu sebelum supaya tak full kitorg pilih pkul 1:30pagi hari isnin Pukul 12:30mlm dh smpai depan raudah pintu 39 tapi xleh msuk lagi kena halau so kitorg tunggu kat luar ngaji n solat sunat dlu kena tepat pkul 1:30 lambat 10 minit pon tak pasti bole atau tak ikut rezeki sbb kena keluar 1:59pagi sbb lepas kau ramai lg tngah beratur nak masuk n tempah melalui Apps Nusuk tu.  Masuk by grouping diorg akan cukupkan dulu muat2 bilangan dalam raudah kena tunggu dlam 30 minit then bila dpt araha dari security boleh msuk dia bg masa 20minit ntuk buat solat2 sunat dan berdoa dalam tu.

Sabda baginda Nabi SAW:

مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ 

"Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga." (Riwayat Bukhari)

Ke arah pintu keluar Raudhah terdapat Maqam dan kubur Nabi SAW, Abu bakar Assidiq, Umar Al-khattab dan Saidatina Aisyah. Rumah nabi ini dibina oleh umar abd aziz.

 

Selain itu, tiang2 itu juga terdapat kisah disebaliknya antaranya:

O Tiang mukhallaqoh iaitu kisah kayu baginda berpijak untuk menyampaikan khutbah pada awalnya. Selepas disediakan mimbar ia menangis apabila tidak digunakannya lagi.

"Apabila Rasulullah khutbah, beliau biasa berdiri di bawah pohon kurma. Ketika sebuah mimbar disediakan untuk beliau, kami mendengar pohon kurma itu menangis seperti tangisan unta betina yang hamil maka beliau turun dari mimbar dan mengelus pohon tersebut." (HR Bukhari)

 

O Tiang taubat iaitu tiang dimana Abu Lubabah mengikat dirinya atas pengkhianatan yg dilakukan kpd arahan nabi SAW. Peristiwa bermula apabila Bani Quraizah khianat dengan menyertai Bani Quraysh yg memerangi islam dalam perang khandaq. Perkara ini telah melanggar hampir keseluruhan Perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Bertukar menjadi perang Ahzab kerana khianat mereka bersekutu dengan kaum kafir serang dari luar dan dalam. Orang islam membuat kepungan selama 15 hari di sempadan Yathrib. Bani Quraizah meminta Abu Lubabah sbgai perunding namun atas wahyu Allah Nabi mengarah untuk membunuh mereka atas apa yg telah mereka lakukan. Kemudian Abu Lubabah mengkhianati baginda namun sebelum tapak kaki nya berganjak dia merasa telah membuat kesilapan yg besar lalu mengikatkan dirinya sehingga dtg kemaafan dr tuhan. Setelah 7 hari tanpa makan dan minum hanya untuk solat sahaja turun wahyu Allah.

“Dan ada yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang buruk. Sungguh Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(At-Taubah :102)

Tiada siapa dapat menggambarkan tahap kegembiraan Abu Lubabah apabila Allah sendiri yang menurunkan wahyu mengampunkannya lalu nabi sendiri membuka ikatannya.

Dalam Raudhah banyakkan berdoa letakkan diri korang yg paling hina kerana berhadapan dengan junjungan besar nabi SAW yg mana tak pernah berhenti memikirkan umatnya sedang kita lalai dengan dunia. Dengan masa yang ada solat sunat tahiyatul masjid agar semua perkara dlm masjid itu diberkati, solat taubat atas dosa2 yg kita sedar atau tidak, solat hajat memohan apa yg kita hajati dan solat tahajjud agar dibukakan rezeki seluas-luasnya.




Popular posts from this blog

Jejak Kasih keluarga Naemah

Jelajah Negara Balkan