Posts

30 Hari Luar Negara

  1 December 2023 bersamaan Hari Jumaat, Pada pukul 8:30mlm kami gerak dari rumah ke KLIA selepas isyak. Sampai sje trus selesaikan checkin bagasi awal2 supaya takde problem mcm terlebih kilo, doc x cukup dsb. Dalam pkul 11pm semua dah selesai. Kami bergambar dlu sbb xdapat dtg time hari graduasi 13 Dec 23 di USIM. Pukul 1pg mcmtu baru lambai2 semua org n masuk ke bahgian Boarding Flight then terbang pkul 2:15am waktu Malaysia. Dalam flight kami disediakan makann Rice (Nasi Lemak Rendang) or Cake (kuih ketayap) umi amik cake saya amik rice Hahaha dan waktu nak mendarat mereka sediakan Apple Pie. Kalau ikutkan waktu malaysia kami turun jeddah 11pg namun dengan jarak 7104km, mengikut orbit putaran bumi yang makin menjauh dari matahari jadi kami turun di Jeddah Airport pukul 6:15pagi waktu Saudi kami sempat menunaikan subuh di dalam Flight dan kami tidak berniat di Qarnul Manazil kerana kami telah bercadang untuk ke Madinah terlebih dahulu dalam 6 Hari mcmtu. Selesai mendarat kami claim
Image

Umrah Sebulan Ramadhan di Mekkah 1443 Hijrah

Image
Pakej Umrah Sebulan Ramadhan di Mekah 1443 Hijrah/2022 Masihi Melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan semestinya terasa kelainannya apabila kita dapat melaksanakan umrah seakligus pada bulan Ramadhan tahun ini di rumah Allah kerana kita terasa lebih dekat dalam melaksanakan ibadah puasa seterusnya meningkatkan lagi amal ibadat ketika berada di sana.  Jadi jangan lepaskan peluang ini dan sama-sama kita meraih ganjaran berlipat kali ganda. [ Pakej An-Naim ] • RM8900 Jarak Hotel • Mekkah (600m)  • Madinah (200m) • TIDAK TERMASUK MAKANAN [ Pakej Ar-Raudah ] • RM11900 Jarak Hotel  • Mekkah (600m)  • Madinah (200m)  • Ziarah Thaif • TERMASUK MAKANAN [ Pakej Al-Firdaus RM14900 ] Jarak Hotel • Mekkah (250m) • Madinah (200m) • Ziarah Thaif  • Fullboard • TERMASUK MAKANAN
Image
­­NAS KEMBARA   MAKLUMAT PERJALANAN PAKEJ UMRAH ZIARAH JORDAN & PALESTINE 2020 Assalamualaikum Wbt..  Hari 1 -Berkumpul di KLIA -Penerbangan ke Jeddah Jemaah Lelaki perlu memakai pakaian Ihram di Abu Dhabi Niat Umrah di Miqat dalam Kapal Terbang Hari 2 Tiba Di Jeddah / immegresion Menaiki Van ke Mekkah -Check-In Hotel -Berkumpul di lobi untuk menunaikan Ibadah Umrah Rehat dan Bebas beribadat Hari 3 Ziarah Dalam Mekkah Kaabah Hajrul Aswad Hijir ismail Makam Ibrahim Rumah nabi Telaga zam-zam Masjid Syajaroh Masjid Jin Perkuburan Maala Hari 4              Ziarah Luar Mekkah Jabal Tsur Arafah Jabal Rahmah Jabal Nur Mina Bermiqat di  Hudaibiyah Jemaah membuat Umrah Kedua Melawat ladang unta Membuat Umrah kedua Hari 5              Bebas beribadat (mendaki gua hira SR40 seorang,mendaki gua Thur SR50) Hari 6 Keluar ke Tanaim untuk umrah ketiga Bermiqat di Tanaim, Jemaah membuat Umrah Keti

Nas Kembara ke Korea Selatan

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera anda sedang berada di Laman Nas Kembara. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana diberikan nikmat dan peluang untuk meneruskan perjalanan kehidupan sebagai seorang manusia. Disini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman kami sepanjang keberadaan kami di Korea pada 28 Ogos 2019 sehingga 4 Ogos 2019. Perjalanan kami sepanjang 8 hari 7 malam ini telah mencipta sebuah kenangan yang paling indah. Pada hari pertama 28 Ogos 2019, Hari Rabu, Kami bergerak ke KLIA seawal jam 9:00 pg dan sampai pada pukul 10:00 pg selesai semua perkara CheckIn-Immegresen-Boarding itu kami terus ke tempat menunggu Flight kami solat jamak taqdim zohor dan asar di Boarding station. Pada pukul 2:30 petang kami menaiki kapal terbang dan mendapat kerusi yang berdekatan. Kami tiba di Incheon Airport, Korea pada pukul 10 malam dan kami terus melakukan jamak takhir isyak dan maghrib. Kami berjalan di sekitar airport dan membeli T-Money sebagai tambang untuk p

Umrah dan Ziarah Istanbul Turkish Airline

Image
Assalamualaikum WBT ,, alhamdulillah secara peribadinya perjalanan musafir ini membuat saya dan jemaah berasa seronok kerana bersyukur dapat bersama dua org ustaz yang banyak ilmu  pesuruhjaya pas selangor & timbalan presiden antaranya timbalan presiden dan pesuruhjaya selangor, mula2 rasa gugup juga untuk bersama dengan ustaz sallehen cuma kenal masa ceramah saja. Setelah duduk sebilik alhamdulillah bersyukur sangat. Lagi2 ustaz Tuan,  setelah bersama menitik air mata apabila keakraban dijalinkan. Saya memang banyak kekurangan dari semua segi. Dengan kesabaran utk kesana walaupun sakit kaki utk berjalan, saya redha atas ujian allah dapat juga solat di depan mikrab nabi, solat dalam hijir ismail, bergantung ke kelambu kaabah, cium   rukun yamani dan hajar aswad. Menangis saya. Taklimat Ringkas Pada 19 Disember bersamaan hari Rabu kami Berkumpul di KLIA pada pukul 7 petang untuk mendapat sedikit taklimat dan penerangan ringkas daripada Tuan Haji Azmi Pengur